|

Pengurus / Pengetua
Institut Kecantikan Nuvis Sabah
ENCIK KAMAR
HISHAM
PN.
ANI MOHD RIDZUAN |
|
Objektif Institut Kecantikan
Nuvis Sabah
Salah satu objektif Institut Kecantikan Nuvis Sabah yang
dijadikan misi dan visi syarikat
kami adalah mengangkat pendidikan latihan di Pusat Bertauliah ke tahap
yang lebih
tinggi
dengan membangunkan modal insan yang berketrampilan, berkemahiran dan
berkeyakinan agar mewujudkan tenaga mahir yang efisyen untuk mampu
bersaing pada peringkat lokal dan global.
Kami
berhasrat dapat melahirkan lebih ramai pengusaha dan pekerja yang
berkemahiran dalam bidang dandanan rambut dan kecantikan ini khususnya.
Kami amat berharap akan dapat membantu Negara kita dalam melahirkan
lebih ramai modal insan yang berkemahiran dan berketrampilan agar mampu
menjadi masyarakat yang maju serta berdaya saing dalam dunia globalisasi
demi menyahut seruan Kerajaan ke arah masyarakat yang cemerlang,
gemilang dan terbilang pada alaf 2020 akan datang. |
|
PUSAT LATIHAN BERTAULIAH
JPK - L00928
Nuvis Sabah telah
dilantik sebagai sebuah Pusat Bertauliah
JPK, L00928, oleh
Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK),
Kementerian Sumber Manusia, pada 1hb. April 2002 untuk mengendalikan
Kursus Jurukecantikan Tahap 1 (N-011-1) dan Pendandan Rambut Muda Tahap
1 (N-021-1), yang menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).yang
dikeluarkan oleh JPK dan diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia dan
Kerajaan Malaysia. Pada 12 Mei 2008, pentauliahan kami telah disambung
bagi tempoh setahun lagi sehingga 31hb. Mei 2009.
Pada bulan Mei 2007, pusat latihan kami juga telah diberi
kepercayaan untuk melaksanakan program Persijilan Kemahiran Malaysia
dalam bidang
kemahiran Pendandan Rambut Tahap 2 dan Pendandan Rambut Kanan Tahap 3.
Nuvis
Sabah telah berjaya memperolehi lesen dari Perbendaharaan Malaysia (PMS)
dan Pusat Pendaftaran Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan dan
Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) dalam bidang Tenaga Pengajar
(220502).
Selain daripada bidang Dandanan Rambut dan Kecantikan, Institut
Kecantikan Nuvis Sabah juga menganjurkan Kursus Andaman Pengantin dan
Keusahawanan. Tujuan kami ialah untuk melatih lebih ramai lagi
Bumiputera di dalam bidang-bidang ini agar dapat meraih peluang-peluang
pekerjaan yang kini banyak terdapat dalam Industri Kecantikan, Rambut
dan Spa Therapy.
KURSUS LATIHAN - PERSIJILAN NUVIS SABAH
Nuvis Sabah juga mengendalikan kursus jangka pendek lain
seperti Andaman Pengantin, Personal Grooming, Solekan Muka, Keusahawanan
dan Pengurusan Perniagaan. Kursus-kursus ini direka khas untuk mereka
yang berminat tetapi tidak mempunyai masa yang panjang untuk
mempelajarinya. Untuk mereka yang lulus latihan ini, kami akan
menganugerahkan Sijil Nuvis Sabah."
Mulai Januari 2007, kami diwajibkan untuk menjalankan “Kursus
Keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan” dan “Human Skill” sebagai subjek
wajib bagi “National Competency Standard (NCS) - Core Abilities”, satu
pembelajaran teras yang diwajibkan kepada semua calon Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM). NCS ini ialah pelengkap kepada National Occupational
Skills Standard (NOSS) yang sedia ada untuk melengkapkan calon-calon SKM
dengan pengetahuan tambahan supaya mereka dapat berdaya saing dalam
pasaran pekerjaan mahupun perniagaan sama ada di dalam negara atau di
peringkat global.
Sebenarnya, Nuvis Sabah telahpun mendahului syarat baru NCS ini di mana
kami telah mewajibkan kepada semua penuntut latihan dan calon SKM kami
untuk mengambil kursus “Asas Keusahawanan” supaya mereka dapat berdaya
maju di dalam bidang yang mereka ceburi kelak.
GRADUAN KELUARAN NUVIS SABAH
Setakat ini, kami telah mengeluarkan 305 graduan-graduan
mahir di dalam semua bidang-bidang seperti berikut dimana 80% daripada
mereka telahpun berjaya membuka perniagaan mereka di seluruh Negeri
Sabah:
SIJIL
KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) JPK
Hair Dressers - 130
Beauticians - 21
SIJIL KEMAHIRAN NUVIS SABAH
Hair Dressers - 30
Beauticians - 63
Andaman - 26
Spa Therapy (sedang dibangunkan)
SIJIL KEUSAHAWANAN NUVIS SABAH
Keusahawanan -
80
KEUSAHAWANAN PARA GRADUAN
Nuvis Sabah amat berbangga dengan pencapaian kami di
dalam bidang latihan ini kerana semua graduan-graduan keluaran kami
telahpun mendapat pekerjaan dengan majoritinya telahpun berjaya membuka
Salon Rambut dan Kecantikan mereka sendiri diseluruh Negeri Sabah ini.
|